Monday, August 19, 2013

Pemikiran Tuk Kenali ( 8 )



Minatnya terhadap bahasa Al-Quran

Menurut Tuk Kenali, seandainya anak-anak Melayu ini belajar bahasa Arab belum mencapai 20 tahun (secara serius) maka mereka belum lagi dapat merasakan rasa (dzauq) bahasa itu (rasa bahasa Arab). Dan janganlah merasa megah dengan cuma mempelajari sebuah kitab Arab sahaja. Ujar beliau : Kitab Mukhtasar (nahu Arab) ini telah menjadi bubur (hampir hancur sebab berlipat) dalam sakuku, apalagi kitab-kitab lain. Seandainya ada budak kecil yang sanggup mengajarkan ilmu, maka pastilah aku akan belajar pula ilmu daripadanya.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

No comments:

Post a Comment