Thursday, August 22, 2013

Pemikiran Tuk Kenali ( 11 )



Minat Tuk Kenali dalam membaca
 
Sekalipun lebih daripada separuh usianya dicurah untuk membaca sewaktu di Makkah dengan cara meminjam kitab-kitab yang berharga atau membelinya kemudian dijual untuk membeli yang lain, beliau masih kelihatan ketagih lagi.

Tidak terhad kepada kitab-kitab besar, majalah seperti Saudara, Al-Imam atau Neraca dan sebagainya menjadi tatapan. Bacaannya juga tidak terhad kepada kitab-kitab berkulit belulang dan kertas kuning sahaja. Pernah beliau membayar sebuah majallah dengan harga berlipat ganda disebabkan ingin kepada kata-kata baru yang digunakan di dalamnya. Sesuai benarlah minat ini buat beliau sebagai  Ketua Pengarang  Pengasuh Yang Kehormat.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

No comments:

Post a Comment