Sunday, August 25, 2013

Hari di hatiku



Ketika sang suria
seperti lazimnya bersahaja
menampak diri di ufuk timur
kutatap celah-celah fajar syukur

Tatkala mega merah enggan pergi
beralih ruang bagi ketibaan hari
membawa kemerlap sinar bahagia
terusir bauran meronta duka rasa

Hari di hatiku
pantas bermain syahdu
pasrah dalam tawakal
menghitung bekal
apakah aku perbuat?
mengapa aku berbuat?
bagaimana aku berbuat?
di mana kita berbuat?

bisakah aku kekal rukuk
diri merunduk sujud?
aku bermohon padaMu
biarlah segala yang kulaku
ada keikhlasan yang satu
satu bersatu keimanan
satu bersatu amalan
satu bersatu kebenaran
satu bersatu kesabaran
tidak kerugian

Bisakah segala yang terpuji
menyatu dalam diri
segala yang keji
menghilang pergi?

Dekatkanlah diriku kepadaMu
siang malam selama usiaku
tiada henti kukutip bekal
perjalanan ke alam kekal.

A Aziz Deraman
BH 25 Ogos 2013

No comments:

Post a Comment