Wahai Allah, Wahai yang Maha Esa,
wahai yang Maha Satu, wahai yang Maha Maujud, wahai yang Maha Dermawan, wahai
yang Maha Terbuka, wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Mempunyai pemberian,
wahai yang Maha Kaya, wahai yang Maha Mengayakan, wahai yang Maha Membuka,
wahai yang Maha Mengurniakan, wahai yang Maha Mengetahui, wahai yang Maha
Mengurus, wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Penyayang, wahai yang Maha
Mencipta langit dan bumi, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, wahai
yang Maha Belas kasihan, wahai yang Maha Memberi nikmat, hembuskanlah pada diri kami
dengan hembusan kebaikan dariMu yang dengannya dapat memperkayakan kami dan
tidak lagi memerlukan kepada yang lain selain daripada Engkau.
Oleh itu jadikanlah kami sekalian
dalam keadaan terbuka kerana sesungguhnya pembukaan telah datang kepada kami
sekalian iaitu : Sesungguhnya kami bukakan bagimu pembukaan yang nyata, pertolongan daripada
Allah, pembukaan dalam waktu yang terdekat dan gembirakanlah kepada sekalian
orang-orang mukminin.
Ya Allah! Wahai Tuhan yang Maha
Kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha memulakan, wahai
Tuhan yang Maha mengulangi, wahai Tuhan yang Maha Pengasih, wahai Tuhan yang
Mempunyai Arsy yang mulia, wahai Tuhan yang Maha membuat apa yang dikehendaki!.
Perkayakalah
kami dengan apa yang halal dariMu tanpa yang haram dariMu dan perkayakanlah
kami dengan limpahanMu sehingga kami tidak memerlukan kepada yang lain dariMu,
peliharakanlah kami dengan apa yang Engkau peliharakan Al-Quran, tolongkanlah
kami dengan apa yang Engkau tolongkan para rasul.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas segalanya. Semoha Allah berselawat dan salam sebanyaknya ke atas junjungan kami nabi
Muhammad saw serta ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya sebanyak bilangan
makhlukNya, seredha diriNYa, seberat ArasyNya dan sebanyak dakwat
kalimah-kalimahNya.
Aameen.
No comments:
Post a Comment