Gurindam bangsa itulah
nada kecintaan
nusa yang
berdaulat wajiblah dipertahankan,
raikan bangsa jiwa
yang merdeka
hidup nan
bahagia tanpa sengketa
Satu Negara satu
pertiwi
di tanah inilah
hidup dan mati
kita harus berani
menegakkan maruah
dan jatidiri
demi agama dan bangsa
disayangi
inilah rupa perjuangan
yang hakiki
Aman dan damai tanah
yang makmur
Hasilan bumi bertambah
subur
Rakyat mewah berjiwa
luhur
Erat setia bertambah
masyhur
Bersatupadu sedia
menggempur
musuh Negara
sehingga berundur
Kalau sudah menongkah
kata
Negara bangsa bakal
dihina
Bersedia untuk bulatkan
usaha
Asalkan maruah sentiasa
terbela
Bersumpah setia seluruh
warga
demi MALAYSIA
tercinta
Janganlah ada pentingkan
diri
Kelak ada berjauh
hati
Seia sekata berbakti
Kalau sepakat menjadi
dambaan
Pasti tiada kepura-puraan
Bersama kibarkan jalurgemilang
Ayuhlah bergurindam
dan bergurindam
Negara bangsa usah
dilupakan
Utuh bangsa kerana
perpaduan
Kejap akar bangsa
yang bertuan
Hinggap semangat
bagai pahlawan
Menyuluh jalan-jalan
perjuangan
Muammar Mukhtar
April 2013
( Dipuisikan oleh kumpulan Pelangi Aurora sempena Pelancaran Pesta Buku Kelantan 2013 bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu pada 27 Ogos 2013 yang bertemakan Membaca Budaya 1Malaysia )
No comments:
Post a Comment