Tuesday, August 20, 2013

Pemikiran Tuk Kenali ( 9 )



Sikapnya mengenai perkara khilaafiyyah

Disebabkan sebahagian besar guru-guru beliau di Masjid Al-Haram terdiri daripada ulamak yang berkebolehan luas dalam karang mengarang dibidang agama juga kemasyarakatan (politik dan ekonomi) iaitu Tuan Guru Ahmad b Md. Zain, Syaikh Ahmad Khatiib, Syaikh Wan Ali Kutan, Syaikh Mukhtaar b ’Ataarid dan lain-lain, membuatkan beliau gemar berbincang mengenainya.

Namun mungkin disebabkankan kurang mendalami bidang Hadith, beliau kurang gemar menggalakkan murid-muridnya berbincang dalam masalah khilaafiyyah. Beliau berpendapat, orang yang layak membincangkan masalah ini ialah orang-orang yang ahli atau berkebolehan sahaja . Sebaliknya perbincangan tidak akan ke penghujung, meleret-leret dan ini tidak memajukan perjalanan umat Islam dan negara.

Kalau masing-masing pihak ingin menegakkan benang basahnya, sedang pengadilnya bukan ahli, jalan yang benar akan gagal ditunjuk dan sebagai hasilnya masih terserah kepada selera masing-masing pihak untuk mengikut atau menolaknya.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

No comments:

Post a Comment