Friday, August 16, 2013

Bekalan



Ya Allah, ya Tuhan Rabbulizzati
Tuhan yang menciptakan kami
fikir itu pelita hati
sentiasa ingat akan kedatangan mati

Terdorong beringat setiap hari
luangkan waktu untuk bermuhasabah diri
harta, pengaruh, sering diburui
masuk ke kubur tiada bererti lagi

Anak pinak, besarnya keluarga
pada akhirnya tinggallah semua
sekadar pelengkap nafsu dunia
apabila ajal mengakhiri usia kita

Petang bertandang diseret usia
putaran waktu bergerak sentiasa
akan sampai jua ketikanya
memaksa kita untuk berserah kepadaNya.

Zailiani Taslim
Ajil, Terengganu
Jendela Timur, DBP
Bil. 36 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment