Biar mati adat,
jangan mati syara’
Rasulullah saw diutuskan ke dunia ini, antara lain ialah untuk
membanteraskan adat-adat yang sesat dan merugikan seperti menanam anak-anak
perempuan hidup-hidup, arak minuman resmi, berpoligami tanpa batas,
memperkecilkan kaum Hawa dan sebagainya.
Islam mengajar penganutnya bahawa untuk membanteras sesuatu adat itu juga
hendaklah menerusinya. Adat yang buruk dan merugikan ditukar kepada yang baik
dan menguntungkan. Contohnya solat lima waktu sehari semalam dan ibadah puasa
sebulan Ramadhan adalah mendidik umat Islam membentuk adat yang baik dalam
kehidupan seharian.
Menurut Tuk Kenali, bangsa Arab adalah terkenal sebagai suatu bangsa yang
kuat memegang adat. Salah satu adat yang masih diteruskan sampai ke hari ini,
sekalipun pernah ditentang hebat oleh nabi saw ialah adat meratap mayat.
Islam melarang seseorang meratapi mayat, menangis serta berteriak menyesali
kematian seseorang dengan mengatakan: kiranya
ia masih hidup, dia boleh melakukan..... juga memuji-muji mayat dengan
tujuan menunjukkan penyesalan, lebih-lebih lagi menampar-nampar pipi atau
mengoyak-ngoyakkan pakaian.
Menurut Imam Ahmad B Hanbal, termasuk peratapan ialah membuat perjamuan
(kendiri kematian secara agak besar).
Sabda nabi saw : Orang mati itu
diazabkan dalam kuburnya sebab ratapan yang diratapkan ke atasnya. ( HR
Umar b Ibnu Al-Khattab ).
Wallahu a’lam.
20 sikap dan pandangan Tuk
Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988
No comments:
Post a Comment