Monday, August 26, 2013

Adakah anda sederhana?



Orang gagal mengaku bahawa mereka adalah sederhana apabila keluarga dan kawan-kawan mereka bertanyakan mengapa mereka tidak lebih berjaya di dalam hidup.

Sederhana ialah yang teratas bagi yang terbawah, yang terbaik bagi yang terburuk, yang terbawah bagi yang teratas, yang terburuk bagi yang terbaik. Yang mana satu agaknya anda?

Sederhana ialah yang biasa, purata, remeh, tidak penting, bukan entiti.

Mengambil sikap sederhana ialah cara orang malas berundur daripada perjuangan; tidak berani berdepan dengann karenah hidup, hidup secara pasrah.

Orang sederhana dianggap menyemakkan,; mengisi ruang kosong tanpa sebab; penumpang percuma dalam perjalanan hidup; tanpa memulangkan faedah modal pelaburan oleh Tuhan terhadapnya.

Menjalani hidup cara sederhana maknanya tidak terikat dengan masa, lain daripada memenuhi dan menggunakan masa sebaik-baiknya untuk menghayati kehidupan. Hidup sederhana bererti membuang masa begitu sahaja tanpa dimanfaatkan untuk kebaikan.
 
Orang sederhana mudah dilupakan selepas kematiannya. Yang berjaya diingati atas jasa dan sumbangan mereka. Yang gagal tidak dilupakan kerana mereka telah mencuba, tetapi yang sederhana, iaitu yang majoriti pasif, dilupakan begitu sahaja.

Mengambil pendirian sederhana bererti melakukan jenayah terbesar terhadap diri sendiri, masyarakat dan Tuhan. Tulisan yang mengharukan di batu nisa ialah : Di sinilah tempat bersemadinya Encik atau Puan Sederhana – jenazah yang tidak sepertinya, kecuali keyakinan bahawa mereka hanyalah sederhana.

Edmund Gaunder

100 Esei Inspirasi & Motivasi untuk pelajar
Stephen W.K. Tan

No comments:

Post a Comment