Islam mengharamkan sesebuah
pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu
dilakukan di atas sebuah tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian.
Setiap pusara di tanah wakaf
hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali
membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan
diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.
Walaupun matlamat pihak yang mahu
menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi
biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek
yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di
dunia.
Kewajipan manusia pada jenazah
hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya.
Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib.
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.
Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Mufti Selangor,
mStar Online
27 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment