Kepintarannya
dalam pembangunan
Suatu hari, Datuk Perdana ke Kenali, kebetulan beliau sedang mandi. Sesudah
memberi salam Datuk lantas berkata: Bolehkan
bertanyakan masalah di kala abang Awang sedang mandi ini?
Apa salahnya, jawab Tuk Kenali.
Abang Awang, buatlah jalan
besar ke pondok ini supaya pondok menjadi besar.
Tuk Kenali tersenyum lalu menjawab : Baik
perbesarkan pondok lebih dulu supaya dia menjadi banyak, nanti jalan akan
menjadi besar sendiri.
Begitulah halnya percakapan beliau dengan Datuk Perdana Menteri Kelantan,
Hj Mahmud b Ismail bila ditanya :
Rumah-rumah gudang perlu dibuat dengan banyak di Kenali ini agar Kenali menjadi
besar. Beliau menyatakan dengan maksud yang sama: Kenali perlu dimajukan dengan ilmu, lebih dulu. Bila ada tempat ilmu
(Pondok), maka orang akan ramai, dikala itu akan banyaklah rumah-rumah gudang
(kedai). Begitulah jua untuk membangunkan negeri. Mudah sahaja Datuk, bukakan
sekolah, buat jalan dan buka tanah.
Wallahu a’lam.
20 sikap dan pandangan Tuk
Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988
No comments:
Post a Comment