Monday, August 26, 2013

Pemikiran Tuk Kenali ( 15 )



Kelemahan individu dalam melaksanakan kehendak agamanya

Biasanya membeli sesuatu lebih mudah dari menjaganya. Demikianlah juga menganut Islam menerusi keturunan adalah lebih mudah dari mengamalkan apa-apa ajarannya Bayangan perkara ini dapat diperhatikan dalam makallah bertajuk Nasihat Imaamiyyah sebagaimana yang termuat dalam majallah Saudara (terbitan 19-25 November, 1933) :

Telah maklum bagi tiap-tiap yang beragama Islam, bahawa Islam itu sebuah rumah yang terikat daripada lima perkara (pertama) menaik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa nabi Muhammad saw pesuruhNya dan (kedua) mendirikan sembahyang (sembahAllah) yang lima waktu, dan (ketiga) memberi zakat dan (keempat) puasa Ramadhan dan (kelima) naik haji ke Baitullaah bagi mereka yang kuasa.

Dan telah maklum bahawa hendak berhimpun lima perkara itu atas satu orang Islam (adalah) payah atau udzur kerana zakat itu bergantung dengan harta, demikian juga haji. Maka tiada tinggal lagi melainkan tiga perkara, maka yang tiga ini nampaknya kuasa tiap-tiap orang Islam mengerjakan akan dia.

Tetapi setengahnya berat dan setengahnya ringan, maka yang pertama itu sehabis-habis ringan, hatta setengah-setengah orang kafir pun berkata dengan dia.

Adapun sembahyang, maka bahawasanya pekerjaan yang besar melainkan di atas orang yang beroleh petunjuk daripada Allah. Allah Taala telah berfirman : .....dan sungguhnya sembahAllah itu adalah suatu urusan yang besar (berat) kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ (takut) kepada Allah. (Al-Baqarah:45)

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

No comments:

Post a Comment