Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi
al-Hasyimi digelar dengan Abu al-Hasan. Lahir di kota Mekah sebelum kebangkitan
rasulullah saw sebagai rasul sepuluh tahun mengikut pendapat yang sahih. Beliau
telah dipelihara oleh rasulullah saw, sepupu nabi saw dan juga menantunya.
Beliau antara orang yang pertama beriman ketika berusia 10 tahun.
Beliau mempunyai sejarah manaqib yang menarik sehingga kata Imam Ahmad
tidak dinaqalkan bagi seseorang daripada sahabat sebagaimana dinaqalkan
berkenaan dengan Ali. Beliau tidak pernah berpisah dengan rasulullah saw dan
sentiasa bersamanya dalam semua peperangan kecuali peperangan Tabuk kerana
beliau dilantik menjadi pengganti rasulullah saw di Madinah. Rasulullah saw
mempersaudara dengannya. Salah seorang yang dijamin masuk syurga dan menjadi
ahli syura yang dilantik oleh Umar RA. Beliau sentiasa menyebarkan ilmu dan
berfatwa. Menjawat jawatan khalifah selama lebih kurang 5 tahun selepas Uthman
bin al-Affan RA. Mati syahid dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim pada malam 17
Ramadan tahun 40 Hijrah ketika berusia 63 tahun.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment