Ya Allah , Ya
Karim Ya Wadud,
Kami
merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri majlis ini.
Ya Allah ,
Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki,
Jadikanlah
hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah ,
dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami
lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .
Ya Allah ,
Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa.
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini
sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di
kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan organisasi kami di
persada arus perdana kecemerlangan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para
pendidik , kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat
kami yang utama dan bersama .
Ya Allah , kurniakanlah kepada
kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup
semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .
Ya
Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara
melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar
kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .
Ya
Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
Aameen
Ya Rabbal’alamen
No comments:
Post a Comment