Monday, April 22, 2013

Tanda berlakunya kiamat


Permata 21

Abu al-Yaman menceritakan kepada kami berkata, Syu’aib mengkhabarkan kepada kami berkata, Abu al-Zinad mengkhabarkan kepada kami berkata, daripada Abdul Rahman al-A’raj daripada Abu Hurairah berkata : Nabi saw bersabda : Tidak berlaku kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya gempa bumi, masa disangkakan singkat, banyaknya fitnah, banyaknya hari iaitu pembunuhan-pembunuhan sehingga banyak di kalangan kamu harta yang melimpah-ruah. ( Riwayat al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Hidup yang berlebih-lebihan itu merupakan kesenangan yang diragui, keperluan yang melampau batas merupakan beban yang menyusahkan dan menahan diri serta berpada dengan apa yang ada jauh lebih baik dari berfoya-foya dan berlebih-lebihan.


b) Kehidupan adalah kekayaan pengalaman, sebuah institusi ilmu yang mengajarkan banyak pengetahuan serta gudang yang menyimpan banyak sekali formula. Setiap hari kamu mempelajari ilmu berkaitan seni hidup. Kehidupan ini adalah berkat bagi kaum yang berfikir.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment