Wednesday, April 10, 2013

Suhail bin Abdullah Al-Tustari


Katanya: Satu hari di belantara saya bertemu seorang perempuan tua yang nampaknya sangat miskin. Apabila saya beri dia wang, beliau enggan menerima dan mengangkat tangannya dan terus berdoa. Tak semena-mena datang wang emas ke tangannya. Dengan tersenyum , orang tua itu berkata: Tuan ambil wang dari saku tuan, tetapi saya dapati wang dari Kuasa Maha Ghaib. Setelah berkata demikian, orang tua itu pun hilang.

Apabila saya pergi ke Mekah, saya nampak orang tua itu di sisi Kaabah. Semasa saya bertawaf, saya lihat Kaabah itu bertawaf mengelilingi orang tua itu. Saya bertanya kepadanya kenapa perkara ganjil itu terjadi. Beliau menjawab: Orang yang datang mengunjungi Kaabah mestilah bertawaf mengelilingi Kaabah tetapi orang yang datang ke Kaabah dengan memfanakan diri dan alam, Kaabah itu yang bertawaf mengelilinginya.

Suhail berkata: Tiap-tiap hari Allah menghantar kepada kita perutusan yang berbunyi : Wahai hambaKu! Aku rindu hendak bertemu denganmu tetapi kamu tidak ingat kepadaKu! Aku ajak kamu datang kepadaKu tetapi kamu berpaling ke lain. Aku hindarkan bala bahaya dari perjalananmu tetapi kamu terus juga melakukan dosa dan maksiat. Alangkah zalimnya kamu! Apakah jawab tuan di hadapan Allah di akhirat kelak?

Katanya lagi; Pada orang yang benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah maka Allah akan jagakan dia bila sampai waktu sembahyang sekiranya ia tertidur.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

No comments:

Post a Comment