Permata 96 :
Daripada Anas bin Malik ra katanya, rasulullah saw bersabda: Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, dan
berilah berita gembira dan jangan menakutkan. (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Lazimilah bacaan Lau hau laa walaa kuwata illah bi llah. Kerana bacaan
ini akan membuatkan hati menjadi tenteram, memperbaiki keadaan, membuat yang
berat menjadi ringan dan membuat yang Maha Kuasa menjadi reda.
b) Rancangkanlah pekerjaan-pekerjaan itu, jangan menggabungkannya dalam
satu waktu. Rancangkanlah pekerjaan-pekerjaan itu akan anda kerjakan dalam satu
tempoh waktu tertentu dan luangkan beberapa waktu di antaranya untuk rehat
supaya optimal.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment