Tuesday, April 9, 2013

Abu Yazid Al-Bistami (1)


Kisah 1 :

Seseorang telah bertanya padanya: Kenapakah aku tidak maju dalam kerohanian, sedangkan aku telah bersama-samamu beberapa lama?. Lantas dijawabnya: Kerana nafsu amarahmu tidak kamu kontrol dan kamu tidak buangkan kemuliaan seperti kamu buangkan kehinaan. Anggaplah keduanya sama.

Kisah 2 :

Ada orang bertanyanya: Kenapa tuan tinggal lama di satu tempat? Tidakkah tuan tahu air yang lama berada di satu tempat itu akan jadi kotor dan berubah warnanya?  Jawab beliau : Kenapa kamu tidak jadi sungai!

Kisah 3 :

Abu Yazid sembahyang di belakang seorang imam. Selepas sembahyang, imam itu bertanya padanya: Nampaknya tuan tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Bagaimana tuan dapat nafkah?. Abu Yazid menjawab: Sebelum saya menjawab pertanyaan tuan, lebih baik tuan keluar dari tempat imam dalam sembahyang ini, kerana barangsiapa yang tidak tahu bahawa yang memberi rezeki itu adalah Allah dan tidak kenal kepada Allah itu, maka dia tidak layak menjadi imam dalam sembahyang.
 
Kisah 4 :

Orang bertanya padanya, kenapa beliau tidak memimpin orang ke jalan kerohanian itu. Beliau menjawab: Bagaimana saya hendak pinta kepada Allah supaya menerima seseorang yang telah dilontar dari majlis Allah  oleh Allah sendiri

Kisah 5 :

Apabila seseorang memintanya berdoa kepada Allah memohon agar kehendaknya dikabulkan. Beliau lantas berdoa: Dia ini adalah makhlukMu. Kamu menjadikan dia. Kamu tahu keadaannya sebenarnya. Siapa pula aku ini hendak menjadi pengantara antara Kamu dan dia?.

Wallahu a’lam

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar

No comments:

Post a Comment