Sunday, April 14, 2013

Larangan membunuh anak


Permata 7

Rasulullah saw pernah ditanya oleh sahabat berkenaan dosa yang paling besar sebagaimana  berikut : Perbuatan yang macam manakah yang dikira dosa besar? Baginda menjawab : Engkau mengambil sekutu buat Allah padahal Dia yang menjadikanmu. Ditanya lagi: kemudian dosa yang macam mana lagi? Jawab baginda : Kamu membunuh anakmu kerana takutkan dia akan memakan makananmu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara hikmah :

a) Imam al-Syafie berkata : Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal erti penat dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.

b) Belas kasihan yang diabaikan boleh berubah menjadi kekejaman. Cinta yang disia-siakan boleh berubah menjadi benci.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment