Thursday, April 4, 2013

Kelebihan syukur


Permata  94 :
 
Daripada Jabir bin Abdillah ra, katanya rasulullah saw bersabda: Siapa yang diberikan kurniaan dan dia mendapatinya maka hendaklah dibalas dengannya. Dan jika tidak dapat membalasnya maka hendaklah dia memujinya. Dan siapa yang memujinya maka dia termasuk yang mensyukurinya. Dan siapa yang menyembunyikannya maka dia mengkufurinya. (Riwayat Abu Daud dan al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari. Dunia itu jika diperlakukan dengan huru hara akan berlalu dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu.

b) Saya sibuk mensyukuri empat perkara:

i. Allah telah menjadikan seribu macam makhluk, sedang yang termulia dari semua itu adalah anak Adam lalu Allah menjadikan aku dari anak Adam.

ii. Allah telah melebihkan orang lelaki daripada wanita lalu menjadikan aku lelaki.

iii. Aku mengetahui bahawa Islam itu sebaik-baik agama dan yang diterima oleh Allah lalu aku dijadikan sebagai seorang muslim.

iv. Aku mengetahui bahawa umat Muhammad itu semulia-mulia umat lalu Allah menjadikan aku dari umat nabi Muhammad saw.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment