Semarak 4 :
vs buat pekerja berasa seperti orang bawahan
Jika anda mahukan pekerja anda dimotivasikan untuk bekerja pada tahap yang
paling baik, dan jika anda inginkan mereka menjadi aset yang paling berharga
pada kunci kira-kira, biarlah mereka merasai dan mengalami pemilikan dalam
organisasi.
Pengurus terbaik membuat pekerja berasa seperti rakan kongsi. Mengapa?
Kerana apabila orang berasa seolah-olah memiliki sesuatu mereka akan menjaga,
melindungi dan mencurahkan perhatian ke atas benda itu.
Satu cara yang digunakan oleh organisasi terbaik dan pengurusnya untuk
membantu membina tempat kerja yang penuh dengan pemikiran keusahawanan dan rasa
pemilikan (selain perkongsian untung dan opsyen saham yang biasa ) ialah untuk
menamakan semula jawatan pekerja. Misalnya Starbucks dan TD Industries merujuk
kepada pekerja mereka sebagai rakan kongsi. Guidant, pembuat terkenal perentak
jantung mengunakan istilah pemilik - pekerja. Dan LensCrafters, Marriot, W.L.
Gore, Publix Suuper Market dan Capital One menamakan pekerja mereka sebagai
rakan sekutu.
Membuat semua orang berasa seperti rakan kongsi ialah satu cara yang
digunakan oleh pengurus untuk mengupayakan pekerja mereka. Berikut ialah cara
lain yang boleh anda gunakan untuk berbuat demikian :
a) Galakkan pemikiran keusahawanan : Hal ini menjangkau perkongsian untung dan opsyen saham. Hal ini adalah
berkaitan dengan sikap anda, sebagai pengurus, pupuk dalam diri orang lain.
Memupuk set minda keusahawanan memerlukan pekerja berfikir sebagi pemilik
perniagaan bukan sebagai pekerja. Istilah ini juga memberi makna pemilikan
bersama dan mengambil berat tentang perniagaan dan kebahagiaan orang yang
terlibat. Apabila pekerja berasa seperti usahawan, mereka dmotivasikan untuk
berbangga terhadap kerja mereka kerana mereka dilayan sebagai rakan kongsi
bukan orang upahan.
b) Terangkan bagaimana perniagaan dijalankan : Bantu pekerja memahami apa yang berlaku dalam jabatan
anda. Apabila pekerja tahu tempat dan sumbangan
mereka, mereka sudah pasti akan membuat kerja dengan lebih cerdas. Beri
pekerja maklumat tentang sejarah organisasi untuk membantu mewujudkan perasaan
bangga dan identiti. Ajar pekerja bagaimana membaca laporan tahunan syarikat
jika ada. Tunjukkan mesej
Ketua Pegawai Eksekutif untuk membantu memperjelaskan matamat, misi, wawasan
dan kemajuan organisasi. Galakkan pekerja mengenal pasti tugasan yang dapat
dilakukan untuk menyumbang secara terus kepada pencapaian matlamat strategik
organisasi. Kemudian biarlah mereka bertindak terhadap idea mereka.
c) Bantu pekerja berasa seperti pemilik perniagaan : Jika anda mahukan pekerja anda memberi lebih
banyak perhatian kepada kerja, bantulah mereka lebih berkecimpung dalam kerja
mereka. Berikut ialah jawapan: jika anda mahukan pekerja dimotivasikan untuk bekerja pada
tahap yang paling tingg, anda perlu membantu mereka mengawal pekerjaan;
bantulah mereka berasa seperti mereka ahli komuniti dan paling penting, seolah-olah
mereka memiliki perniagaan.
Yang amat mengejutkan ialah
tahap pencapaian mereka yang tidak memperdulikan penghargaan.
- Abraham Lincoln
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan
setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment