Saturday, April 13, 2013

Tunjukkan pekerja bagaimana perniagaan dijalankan


Semarak 5 :
vs biarlah pekerja jahil tentang perjalanan organisasi

Untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan kini, pekerja anda perlu mengetahui lebih banyak tentang perniagaan selain bagaimana hendak membuat kerja sendiri sahaja. Mereka perlu mengambil tahu tentang operasi organisasi.

Pengurus yang berpengaruh perlu memikul tanggungjawab membantu pekerja memahami keseluruhan organisasi, mendapat perspektif yang lebih jelas tentang operasi perniagaan, menganalisis saingan, belajar mengambil risiko dan menggerakkan pemikiran inovatif.

Sebagai pengurus, anda memahami bagaimana organisasi beroperasi dan mengurus kewangannya. Itulah tugas anda. Oleh itu anda tidak menyedari keadaan bekerja tanpa tahu bagaimana setiap orang dan setiap pekerjaan memberi impak kepada matlamat organisasi. Apabila pekerja mengambil tahu tentang cara organisasi diuruskan dan bagaimana wang dibelanjakan serta dipungut, mereka pasti akan menjadi lebih bermotivasi untuk bertungkus lumus.

Bermula dengan mengendalikan prigram latihan asas perniagaan untuk semua pekerja. Terdapat beberapa latihan di pasaran yang dapat diubahsuai mengikut  keperluan organisasi anda. Program ini menggunakan format permainan untuk menerangkan  bagaimana  organisasi anda dijalankan dan bagaimana mendapat keuntungan serta kerugian. Ini ialah cara yang menarik dan seronok untuk mengajar pekerja tentang hal-hal mengurus perniagaan. Berikut ialah beberapa cadangan yang lain bagi menggerakkan orang supaya memahami asas pengurusan perniagaan.

a)      Berbincang tentang kewangan : Kongsikan pernyataan untung rugi bulanan jabatan bersama pekerja anda. Ini akan membantu pekerja bagaimana kaitan dan letaknya pekerjaan dan tugasan khusus dalam urusan keseluruhan organisasi, kawasan kejiranan, dan komuniti mereka. Luangkan masa untuk menganalisis senario yang menunjukkan impak seseorang kepada seluruh organisasi. Ini memang merupakan pembuka mata! Yang penting ialah untuk membantu pekerja menanggap bagaimana sikap dan tingkah laku seorang dapat mempengaruhi matlamat, kenaikan gaji, bonus, perkongsian untung organisasi dan sebagainya.

b)      Galakkan mengurus secara buku terbuka :  Idea pengurusan buku terbuka telah bertambah polpular. Konsep ini melibatkan perkingsian data kewangan dan strategi operasi bersama pekerja kemudaian menunjukkan secara khusus harga mereka dan nilai yang dapat mereka sumbangkan kepada organisasi.  Ada syarikat mempamerkan gaji setiap pekerja! Sumber yang baik bagi mempelajari pendekatan ini ialah buku 1992, The Great Game of Business oleh Jack Stack. Maklumat juga boleh diperolehi dari internet di http//greatgame.com

c)      Bantu orang membayangkan gambaran menyeluruh : Dengan menunjukkan pekerja anda bagaimana membayangkan gambaran menyeluruh dan memahami  kesan domino kewangan setiap tindakan mereka, anda dapat memupuk set minda keusahawanan yang berjaya membina organisasi bermotivasi. Tujuan anda ialah untuk membina pekerja yang lebih cerdas, lebih berkemahiran dan bermotivasi serta memahami peranan mereka dalam menjayakan organisasi, hari ini dan masa depan. Anda boleh berjaya dengan membantu pekerja membayangkan gambaran menyeluruh dan bukan sahaja pandangan dekat berkaitan dengan tugasan khusus.

Kepercayaan – gam yang melekatkan pengikut dan pemimpin.
- Warren Bennis

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment