Saturday, April 20, 2013

Kelebihan berselawat ke atas nabi


Permata 17

Daripada Abdul Rahman bin Abi Laila katanya : Ka’ab bin Ujrah ra datang menemuiku dan berkata : Adakah kamu mahu aku memberikan satu hadiah kepadamu, sesungguhnya nabi saw keluar bersama kami, lantas kami berkata : Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami mengetahui bagaimana mengucapkan salam ke atasmu, kemudian bagaimana pula kami berselawat ke atasmu? Nabi saw bersabda, katakanlah : Ya Allah, selawatlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad seperti mana Kamu telah selawatkan atas keluarga Ibrahim. Sesungguhya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatkanlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad seperti mana Engkau berkatkan atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Sunni,Ahmad,Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim)
 
Mutiara hikmah :

a) Imam al-Ghazali mewasiatkan : Kasih dan cinta rasulullah saw adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

b) Imam al-Bukhari mewasiatkan : Ketahuilah bahawa selawat ke atas rasulullah saw adalah sebagai tanda mencintai baginda. Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan rasul dan tidak akan memperoleh syafaat baginda.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment