Permata 23
Daripada Ibn Mas’ud ra berkata : Aku
mendengar nabi saw bersabda: Tidak boleh berhasad kecuali dalam dua perkara :
Lelaki yang dikurniakan Allah dengan harta, kemudian digunakannya dalam
kebenaran dan lelaki yang dikurniakan Allah dengan hikmah (ilmu pengetahuan)
kemudian dia berhukum dengannya dan mengajar kepada manusia. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
a) Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang
yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain,
orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu.
b) Orang yang menanamkan kedengkian sudah pasti akan memetik kedukaan yang berpanjangan.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment