Tuesday, April 16, 2013

Bantu mereka mencapai prestasi yang lebih baik


Semarak 10
vs biarlah pekerja risau tentang prestasi mereka

Pelajaran awal dalam buku ini tertumpu kepada membantu pekerja menjadi lebih bermotivasi secara intrinsik. Kami juga memberi tumpuan kepada cara anda, sebagai pengurus atau penyelia dapat mempengaruhi dengan berkesan  daya-daya yang mendesak orang membuat  kerja yang terbaik dengan menggunakan bakat tersendiri. Dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya kami menganjak fokus ke arah mendorong pekerja menetapkan hala tuju dan  menjangkaukan diri sendiri bagi menggunakan motivasi untuk mencapai prestasi dan produktiviti yang lebih tinggi. Berikut ialah beberpa cara yang boleh dipertimbangkan :

a) Jankaukan orang melebihi had yang ditanggap : Bawa pekerja anda melebihi status quo membuat kerja yang sama mengikut cara yang sama. Jadikan kerja  mereka mencabar dan bantu mereka menanggap gambaran menyeluruh serta peranan mereka dalam gambar itu. Mereka mungkin menentang jika mereka berasa ekspektasi yang lebih tinggi dipaksakan kepada  diri mereka. Beritahu pekerja bahawa anda Cuma membantu mereka menjangkau dan bertumbuh untuk kebaikan mereka. Mereka pasti sayang akan anda kerana itu! Anda dapat berbuat demikian dengan menentukan matlamat prestasi yang melebihi keperluan kerja yang sedia ada. Seterusnya apabila anda dapat menerangkan bagaimana kerja mereka menambah nilai kepada organisasi dan kesan kerja mereka terhadap kerja orang lain, pekerja anda akan mula memikirkan cara lain untuk menambahbaik dan mengembangkan bakat sendiri.

b) Tentukan standard dengan jelas : Kenal pasti standard bagi setiap kerja dan khususkan hasil yang mencirikan prestasi cemerlang datipada prestasi yang tidak diterima. Libatkan pekerja dalam hal ini. Pekerja yang terlibat dalam membina standard lebih cenderung membincangkan rintangan yang mungkin menjejaskan usaha mereka supaya anda dapat menangani isu itu sebelum berlaku. Pekerja yang terlibat lebih memahami standard dan sebab mengapa diperlukan, maka anda tidak perlu bertungkus lumus memaklumkan standard tersebut berulang kali. Perkara demikian juga lebih mudah menerima panduan kejayaan ini dan dimotivasikan untuk berusaha memenuhi stadard tersebut.

c) Tentukan skop tanggungjawab pekerja : Pastikan semua orang memahami siapa yang bertanggungjawab bagi setiap aktiviti kerja. Apabila pekerja memahami peranan sendiri, kekeliruan dikurangkan dan mereka lebih memahami cara berkerjasama dengan rakan sekerja bagi memenuhi objektif individu. Apabila sudah berbuat demikian, anda telah menyediakan langkah yang berikut, iaitu membantu pekerja memperluas skop tanggungjawab bagi peluang baru. Bagi setiap pekerja yang merespon, anda bolehlah mencadangkan supaya pekerja itu memegang kuasa membuat keputusan dalam projek tertentu. Akan tetapi, berwaspada. Matlamat anda bukan untuk menambah beban di atas bahu pekerja. Mereka perlu memahami bahawa anda benar-benar menghargai usaha mereka dan mahu mereka diberi peluang belajar lebih banyak dan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Anda diberi peluang belajar lebih banyak dan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Anda mahu pekerja berasa bahawa usaha tambahan mereka adalah bagi kepentingann mereka.

Kita semua tidak mempunyai bakat yang sama, tetapi kita semua perlu diberi peluang yang sama untuk memupuk bakat kita.
- John F. Kennedy
Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment