Permata 2
Daripada Ibn Umar ra katanya nabi saw bersabda : Bezakanlah diri kamu
dengan orang-orang Musyrikin. Peliharalah janggut dan cukurlah misai. ( Riwayat
al-Bukhari )
Mutiara Hikmah :
a) Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman, semangat berkobar-kobar
dan ilmu adalah inti daripada semua yang diinginkan oleh orang-orang yang
berfikir. Namun hanya sedikit yang mampu mendapatkannya sekaligus.
b) Abu Bakar al-Muzani berkata : Seorang
muslim jika sihat bererti telah mendapat puncak kenikmatan dunia dan akhirat
sebab pokok nikmat dunia ialah sihat dan nikmat akhirat ialah Islam.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment