Friday, April 12, 2013

Kenali apa yang menggerakkan orang


Semarak 3 :
vs jangan bimbang tentang apa yang menggerakkan manusia

Pengurus perlu tahu apa yang menggerakkan pekerja mereka. Tahukah anda?

Sebagai contoh, jika anda meletak orang dalam pekerjaan yang memenuhi keperluan individu semasa membuat kerja yang penting bagi organisasi, anda akan mendapat pekerja yang lebih digerakkan untuk bertugas pada tahap terbaik mereka.

Pengurus harus membantu pekerja berasa selesa dan yakin di tempat kerja dan senang hati dengan pekerjaan mereka. Apabila pekerja anda datang kerja, mereka tidak dapat melupakan aspek kemanusiaan iaitu sifat manusia mereka. Keperluan pekerja tidak bdrganjak apabila mereka memasuki pintu tempat kerja. Untuk memastikan orang bertugas pada tahap terbaik, anda perlu berhubungan dengan aspek kemanusiaan atau sifat manusia mereka, mengesahkan mereka dan membantu mereka memenuhi keperluan sendiri.

Bermula dengan memberi perhatian. Perhatikan orang membuat kerja mereka. Apakah yang mengembirakan mereka? Apakah yang menggerakkan mereka? Apakah yang melenyapkan minat mereka? Galakkan pekerja mencuba kaedah sendiri dengan syarat kaedah mereka sesuai untuk membuat kerja dengan berkesan.

Kemudian hantar soal selidik pekerja tentang sikap di tempat kerja dan minta cadangan penambahbaikan. Apabila anda mendapat maklum balas jangan biarkan sahaja. Gunakan dapatan untuk membuat perubahan yang menambahbaik keadaan kerja semua orang termasuk anda sendiri.

Sudah tentulah anda tidak dapat membantu setiap orang pekerja memenuhi setiap keperluannnya. Kita pun tidak sepatutnya mengharapkan pekerjaan setiap orang itu,  walau bagaimana seronok pun, merupakan seluruh kehidupannya. Akan tetapi, terdapat langkah tertentu yang boleh diambil oleh semua pengurus untuk membantu pekerja memenuhi sebahagian, atau banyak, daripada keinginan dalaman yang menggerakkan mereka membuat kerja pada tahap yang paling baik sambil mendapat motivasi yang lebih tinggi. Berikut ialah tiga cara utama untuk melakukan ini dengan lebih berkesan :

a)      Hargailah keunikan setiap orang : Dengan mengakui kepada staf bahawa setiap orang adalah unik, anda menunjukkan bahawa anda menyanjungi dan menghargai bakat dan kelainan individu yang dibawa oleh semua pekerja kepada organisasi. Mana tahu, mungkin anda dapat mencungkil bakat tersembunyi.

b)      Sumbangsaran untuk kepuasan yang lebih ; Satu cara baik untuk  menyumbangsaran dan seterusnya, memotivasikan pekerja ialah dengan membina kumpulan fokus pekerja. Dengan berbuat demikian anda akan mula mengetahui apa yang ingin dicapai oleh pekerja daripada tugasan mereka. Minta pekerja menyumbangsaran cara untuk menjadikan kerja itu lebih memuaskan. Jangan lupa mengambil tindakan dan melangkah ke depan dengan idea dan cadangan. Apabila anda menerima idea pekerka yang tidak sesuai, anda harus menerangkan mengapa dan memberi pertimbangan semula pada masa yang akan datang.

c)      Andaikan tujuan bermakna adalah penting bagi semua orang : Sentiasa andaikan bahawa perkara seperti pertumbuhan peribadi dan pengiktirafan, kreativiti serta tujuan bermakna bukan sahaja penting bagi anda tetapi juga sama pentingnya bagi pekerja. Minta pekerja menghuraikan pekerjaan ideal dan apa yang mereka suka atau tidak suka tentang kerja mereka lalu gunakan apa yang anda dapat tahu itu untuk menjadikan pekerjaan itu lebih memuaskan. 

Pada asasnya, kita berbincang tentang mendefinikan perhubungan antara bos dan orang bawah.
- Jack Welch, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif General Electric

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment