Aku istigfar kepada Allah untuk diriku dan kaum muslimin
Aku istigfar kepada Allah untuk diriku dan mereka yang berdoa
Aku istigfar kepada Allah untuk diriku dan untuk seluruh makhluk Allah
sekalian
Aku istigfar kepada Allah Yang Maha Pengampun dosa
Aku istigfar kepada Allah Yang Maha Menutup keaiban
Aku istigfar kepada Allah sehingga kita ini mencabut diri dari maksiat dan
bertaubat
Aku istigfar kepada Allah kerana malu kepada Allah
Aku istigfar kepada Allah lagi tiada dayaku, tiada upayaku melainkan dengan
Allah.
Maha suci Allah, yang menerbitkan subuh
Maha suci Allah, Tuhan pagi dan petang
Maha suci Tuhan yang bertasbih kepadaNya segala yang di langit dan di bumi
Maha suci Allah, segala puji bagi Allah
Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah
Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Agung
Pujian yang sentiasa dan tiap kali terkerdipnya mata dan setiap kali
bernafas
Allahumma bagiMu segala pujian
Yang selayaknya bagi kekuasaan dan kebesaran wajahMu
dan keagungan kesultananMu
Kami berpagi-pagi dan kerajaan alam buana ini berpagi-pagi dengan Allah
rabbi alameen.
Allah denganMu kami berpagi-pagi
denganMu kami berpetang-petang
denganMu kami hidup, denganMu kami mati
dan kepadaMu jua kami akan dibangkitkan
Allahumma, jadikanlah pagi kami ini
pagi para solehin
Allahumma, rezekikan kami kebaikan pagi
Kami berpagi-pagi dalam keamanan Allah
Dan kami berpetang-petang dengan berjiran kepada Allah
Shiekh Dr Mahmud Al-Maghlani
Madinah almunawarah
29 Mac 2013
No comments:
Post a Comment