Permata 15
Daripada Anas bin Malik ra, daripafa nabi saw bersabda: Tiga perkara, barangsiapa yang ada semuanya
itu padanya nescaya ia akan mendapat kemanisan iman, adalah Allah swt dan
rasulNya lebih dikasihi daripada yang lain dari keduanya. Dan bahawa dia kasih
akan seseorang, tiada kasihnya itu melainka kerana Allah dan bahawa dia benci
kembali kepada kufur sebagaimana dia benci bahawa dia akan dicampakkan ke dalam
api. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
a) Hidup ini sangat singkat, maka jangan anda pendekkan dengan banyak
merasa takut. Mencari kawan itu susah maka jangan membuatnya menyesal dengan
menghinanya. Sedangkan musuh itu banyak sekali dan jangan menambah jumlah
mereka dengan akhlak yang buruk.
b) Sekiranya umat Islam mendakwa bahawa mereka cintakan Allah, maka katakan
kepada mereka bahawa tanda cinta Allah swt yang terbesar ialah cintakan
kekasihNya.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Allahuma rabbana, muliakanlah kami dengan beroleh qa’bul dan dapat melihat
kekasihMu saidina maulana rasul
saw. Allahuma ameen.
No comments:
Post a Comment