Thursday, April 11, 2013

Bina tenaga kerja yang bermotivasi


Semarak 1: vs Motivasi bukan masalah anda!

Berikut ialah soalan sejuta ringgit. Siapakah yang ingin dipengaruhi dan diilhamkan oleh anda?. Jika anda tidak dapat menjawab soalan ini, anda tidak sepatutnya mengurus sesiapa. Sesungguhnya sebilangan pengurus dan penyelia menghadapi masalah menjawab soalan ini. Seringkali mereka terpegun membisu.

Inilah sebabnya mengapa keupayaan menjawab soalan ini begitu penting. Pengurus tidak dapat membuat apa-apa dan tidak akan berkesan dalam pekerjaan mereka, jika pekerja mereka tidak dimotivasikan untuk menunjukkan prestasi yang tinggi. Jadi sebagai pengurus atau penyelia adalah amat penting sekali anda sentiasa mencari jalan untuk menarik perhatian pekerja anda dan merangsangkan keghairahan dan komitmen terhadap organisasi dan matlamatnya.

Sebenarnya, orang dimotivasikan untuk membuat apa-apa sahaja bagi kepentingan diri sendiri. Matlamat anda sebagai pengurus ialah untuk membantu pekerja mengaitkan kebajikan mereka dengan kebajikan orhanisasi. Apabila itu berlaku pekerja semestinya dimotivasikan untuk berusaha, kerana bermanfaat bagi diri mereka jika berbuat begitu.

Semua ini ialah cara lain untuk menyatakan bahawa motivasi adalah intrinsik. Motivasilah yang memandu kita untuk mencapai matlamat yang diingini. Segala yang kita buat adalah kerana kita percaya usaha kita dapat menunaikan matlamat atau keinginan peribadi sekarang atau masa depan.

Bayangkan ini. Bilakah anda paling gembira tentang pekerjaan anda? Untuk kebanyakkan orang, kegembiraan timbul apabila kita terlibat dalam projek yang amat bererti bagi kita – projek yang kita hayati atau projek yang kita percaya akan membawa manfaat serta mencapai sesuatu bagi kita dan orang lain. Dengan membantu pekerja membuat kaitan rapat dengan pekerjaan mereka, anda akan mendapat hasil baik motivasi intrisik yang wujud.

Bilakah anda pernah berhajat untuk merangsangkan organisasi anda?. Anda pengurus bukan? Bukankah mengurus itu tugas anda? Ya tetapi motivasi hari ini perlu dijadikan tanggungjawab bersama. Sebagai pengurus, tugas anda ialah untuk membina organisasi bermotivasi sebenar yang dapat menggerakkan pekerja berusaha sedaya upaya setiap hari. Dengan memahami peranan anda sebagai pemimpin dan pengurus manusia adalah amat penting sekali, berikut ialah tiga butiran utama untuk membantu membina organisasi bermotivasi itu:

a) Kenali mengapa pekerja mahu dimotivasikan oleh anda: Apabila anda dapat menjawab soalan penting ini, anda akan lebih bersedia menarik perhatian pekerja terhadap tugasan mereka dengan lebih berkesan dan mempengaruhi tingkah laku mereka untuk bertindak secara aktif bagi memenuhi matlamat syarikat.

b) Ketahui bahawa motivasi sebenar merupakan kerja dalaman : Orang berhujah tentang motivasi sebagai motivasi intrinsik atau ekstrinsik. Akan tetapi, sebenarnya motivasi hanyalah intrinsik, dalam diri kita. Yang kita sebut sebagai motivasi ekstrinsik sebenarnya ialah faktor luaran seperti ganjaran syarikat, bonus dan kenaikan gaji yang akhirnya mempengaruhi motivasi instrinsik kita.

c) Pandu pekerja kepada yang penting dan bermakna : Ini memerlukan pengurus untuk menggerakkan pengikut mereka supaya menunjukkan yang terbaik, mengambil risiko, berfikir seperti usahawan dan membebaskan potensi mereka yang bersinergi dan tiada had.

Wallahu a’lam.

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

Lelaki dan wanita ingin membuat kerja yang baik, kerja yang kreatif dan jika mereka diberi persekitaran yang sesuai mereka akan berbuat demikian

( Bill Hewlett, Pengasas Bersama Hewlett-Packard )

No comments:

Post a Comment