Bisyar Al-Hafi berkata : Kosongkan rumahmu, lebih kosong dari kubur agar
kamu tidak terasa susah meninggalkan dunia.
Setelah meninggal dunia, seorang wali Allah terlihat Al-Hafi dalam mimpinya dan beliau bertanya kepada Al-Hafi
bagaimana keadaannya di hadrat Allah. Al-Hafi menjawab: Tuhan berpura-pura
marah, berkata, Hai Al-Hafi, kenapa kamu takut sangat-sangat kepadaKu di di dunia
dulu? Tidakkah kamu tahu Aku ini pengasih dan penyayang. Sekarang makanlah
makanan yang lazat ini kerana di dunia kamu berpuasa keranaku. Minumlah minuman
yang paling nyaman kerana di dunia kamu tidak minum ini, kerana dengan makan
dan minum ini masamu terbuang dan ibadatmu terganggu.
Wallahu a’lam
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar
No comments:
Post a Comment