Semarak 13
vs pegang pada
ekspektasi rendah
Semua pengurus biasanya membentuk ekspektasi terhadap pekerja mereka.
Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam sesebuah organisasi, ekspektasi kita
terhadap orang lain dapat dikaitkan secara langsung dengan produktiviti,
keuntungan dan ya – motivasi!. Jika anda mempunyai ekspektasi tinggi terhadap
pekerja, anda memiliki alat yang berkuasa dan berkesan bagi meningkatkan prestasi
serta motivasi dalam organisasi anda.
Prestasi merupakan hasil ekspektasi. Pengurus dan penyelia membentuk
ekspektasi terhadap seseorang dan ini mempengaruhi cara mereka berinteraksi
dengan orang itu. Jika anda tidak mengharapkan apa-apa daripada pekerja anda,
mereka dapat mengesan sikap itu dan seterusnya tidak akan bekerja dengan baik.
Mengapa? Ini adalah kerana ekspektasi anda mempengaruhi keinginan mereka
terhadap usaha kuat. Yang penting ialah orang biasanya menjelmakan ekpektasi
kita terhadap mereka. Oleh itu, harapkan yang terbaik daripada pekerja dan
jangan terkejut apabila anda mendapat yang terbaik!. Berikut ialah beberapa
idea bagi pengurus mencungkil yang terbaik daripada pekerja.
a) Dapat apa yang
diminta : Ekspektasi
mempengaruhi tingkah laku. Jika anda mengharapkan apa yang terbaik daripada
pekerja, anda pasti akan mendapat yang terbaik – berulang kali. Ini benar
terutama sekali apabila anda menganggap pekerja dapat membuat yang terbaik dan
anda memberi mereka maklumat serta alat yang diperlukan. Pekerja mudah berasa
dimotivasikan dan memberi apa yang anda (dan mereka) harapkan.
b) Ambil
kesempatan daripada Kesan Pygmalion : Orang lebih cenderung bertindak mengikut ekspektasi orang lain. Prestasi
pekerja meningkat apabila pengurus memberitahu terlebih awal bahawa dia akan
memimpin suatu pasukan luar biasa yang terdiri daripada pekerja berpotensi
tinggi. Ini adalah kerana apabila pengurus tersebut melayan pekerja
seoalah-olah mereka dapat membuat kerja dengan prestasi tinggi, mereka memang dapat
berbuat, mempunyai komitmen terhadap pekerja dan buatlah yang berikut : bina
presekitaran prestasi-tinggi, kongsikan ganjaran yang diberi kepada kerja yang
berjaya dan gerakkan orang lain kepada prestasi peringkat tinggi.
c) Bina
persekitaran prestasi tinggi dan produktif : Jika anda benar-benar inginkan motivasi tulen
daripada pekerja, anda mesti sengaja membina persekitaran yang menggalakkan
kepada prestasi pekerja yang lebih tinggi. Ini bermakna setiap orang mesti
jelas dan tertumpu kepada objektif organisasi, kerja merangsang dan mencabar,
orang berasa dihargai dan disegani, orang mendapat sumber yang diperlukan dan
orang bantu membantu tanpa diminta.
Kepimpinan merupakan
prestasi. Anda perlu sedar tentang tingkah laku sendiri, kerana semua orang
lain memang menyedarinya.
- Carly Fiorina, Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett
Packard
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan
setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment