Permata 11 :
Pernah berlaku pada zaman nabi saw ketika harga barang meningkat tinggi,
orang ramai datang kepada baginda untuk mengadu, katanya: Hai rasulullah! Tetapkanlah harga barang-barang! Lalu baginda menjawab:
Sesungguhnya Allah swt yang menentukan
harga barang-barang itu, Dialah yang menggenggam dan melepaskan. Sesungguhnya
aku berharap nanti apabila aku menemui Allah, tiada seorang pun di anta kamu
yang akan menuntutku dalam barang penganiayaam (perkara yang dibuat secara
teraniaya) baik yang berkaitan dengan darah mahupun harta benda.
(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, al-Darimi dan Abu
Ya’la)
Mutiara hikmah :
a) Imam al-Syafie
berpesan : Allah SWT menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka
akan menperolehi rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka
menunaikan perintah Allah.
b) Rezeki selalu
mencari orang yang sabar, tabah, tahan uji dan gembira
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment