Monday, April 22, 2013

Akar umbi


Kalau
tiba-tiba ombak gadang
ganas hempas
tercabut tunjang
terlentang batang

Jangan salahkan akar
Jangan salahkan umbi

Kalau
tiba-tiba ribut barat
ganas badai
terselerak dahan
bertaburan ranting

Jangan salahkan akar
Jangan salahkan umbi

Kalau
tiba-tiba gempa
sembilan perpuluhan sembilan
skala Richter
ganas menggegar
goncang batang yakin
rentap tunjang percaya

Jangan salahkan akar
Jangan salahkan umbi

Kerana selama ini
ketika pucuk dan daun
ketika ranting dan dahan
ketika batang dan tunjang
tegaknya sudah kukuh
berdirinya sudah tinggi

Akar dan umbi
yang mencengkam bumi
sudah dilupai
sudah tidak bernilai lagi.

E-Pian A/l Pro Poul
Kg Padang Jambu Kelantan
Berita Harian
21 Apr 2013


Allahumma Tuhan kami, ampunanMu terlebih luas daripada dosa kami, dan rahmatMu lebih kami harapkan daripada amalan kami. Allahuma  ameen


No comments:

Post a Comment