Permata 95 :
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab ra katanya, aku mendengar rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut
yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulNya maka
hijrahnya kepada Allah dan rasulNya dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk
dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya maka hijrahnya mengikutnya
mengikut apa yang dia hijrah kepadanya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu
Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Nasaie, Ahmad, al-Daraqutni, Ibn Hibban dan
al-Baihaqi)
Mutiara hikmah :
a) Auf bin Abdullah ra berkata : Golongan ahli kebaikan satu sama lain
berpesan dengan tiga kalimah:
i. Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah swt akan mencukupkan urusan
duniannya
ii. Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah swt maka Allah akan
memperbaiki hubungannya sesama manusia
iii. Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.
b) Fudhail bin Iyadh ra berkata : Meninggalkan amal kerana manusia adalah
riyak. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah
menyelamatkanmu daripada keduanya.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment