Semarak 7 :
vs denda
penggambilan risiko
Pernahkah anda tanya diri sendiri; Mengapakah
pekerjaku tidak rela mengambil risiko? Mungkin setiap kali
mereka mencuba dan tidak berjaya, mereka dikenakan tindakan disiplin atau
dipecat. Walaupun pekerja berjaya membuat sesuatu yang berisiko dan dipuji
kerana dapatan, mereka mungkin dimarahi kerana mengambil inisiatif. Kerana
terdapat saluran dan rantaian perintah, tanggungjawab yang ditetapkan, pengurus
yang ditugaskan untuk mengambil risiko dan sebagainya. Baru-baru ini pihak
pengurusan menyebarkan mesej bercampur kepada pekerja : Kami mahukan anda
berasa diupayakan dan mengambil risiko – tetapi jangan buat salah kerana anda
akan dipecat!
Kita perlu mengenali bahawa setiap orang membuat kesilapan Pengurus yang terbaik tahu perkara ini tetapi
mereka juga mengenali bahawa membina mentaliti mengambil risiko adalah
sebahagian daripada membantu pekerja membangunkan pendekatan keusahawanan dalam
kerja mereka – dan hal itu memotivasikan!. Oleh itu, anda sebagai pengurus dan
pemimpin perlu menyolong, menggalakkan dan memberi ganjaran kepada tingkah laku
mengambil risiko yang bijak.
Hanya ada cara untuk menambhbaik iaitu dengan mencuba perkara baru, dan
organisasi yang tidak membuat inovasi akan terus lembap. Organisasi itu
mungkin lesap begitu sahaja.
Jadi bagaimanakah hendak membina budaya yang menggalakkan pekerja yakin
mengambil risiko yang bijak?. Berikut ialah beberapa idea untuk
dipertimbangkan.
a) Beritahu
pekerja bahawa risiko ialah perkataan enam huruf bagi kejayaan : Pengambilan
risiko yang kreatif dan terancang dapat menambahbaik mana-mana organisasi. Ini bermakna pengurus dan penyelia perlu
mebantu pekerja mencuba cara baru membuat kerja, bereksperimen untuk membuat
penambahbaikan dan menggalakkan serta menyolong mereka mengambil risiko.
Bagaimana pula jika tidak berjaya seperti yang dirancang? Itu OK kerana
bermakna mereka mencuba perkara baru. Dan kadang-kadang memang tidak berjaya.
Apabila pekerja dibenarkan membuat kesilapan, mereka akan ingat pada
penghargaan yang diberi kepada pengambilan risiko mereka.
b) Upayakan
pekerja untuk mengambil risiko : Lakukan ini dengan membenarkan pekerja
memainkan peranan yang aktif dalam membuat keputusan yang melibatkan risiko. Tunjukkan kepada pekerja bagaimana menilai
sama ada perlu mengambil risiko. Cari isu kritis, nilai peluang berdasarkan
kriteria objektif untuk menentukan pulangan yang mungkin, kemudian putuskan
sama ada risiko perlu dan sama ada organisasi dapat menerima dapatan
pengambilan risiko itu.
c) Galakkan
tingkah laku mengambil risiko sebagai tingkah laku yang dipelajari : Pengambilan
risiko ialah sesuatu yang kita pelajari secara beransur-ansur, langkah demi
langkah. Ingatkan pekerja bahawa terdapat risiko dalam kebanyakkan aktiviti
harian kita, sama ada berkahwin, melahirkan anak, membeli rumah, menukar kerja,
membeli kereta baru atau berpindah ke bandar lain. Semakin banyak kita belajar
mengambil risiko secara beransur-ansur dan semakin besar risiko itu, maka
semakin mudahlah mengendalikan situasi risiko yang mempunyai potensi dan untung
bagi seluruh organisasi serta ahlinya.
Bukan kegagalan tetapi
tujuan yang rendah merupakan jenayah.
- James Rusell Lowell
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment