Permata 6 :
Daripada Abu Hurairah ra katanya: Suatu ketika aku berada di samping
rasulullah saw, tiba-tiba datang seorang lelaki memberitahu nabi saw bahawa dia
akan berkahwin dengan wanita dari suku Ansar. Lalu rasulullah saw bertanya
kepadanya: Sudahkah kamu melihatnya? Lelaki
itu menjawab: Belum! Baginda
menambah: Pergilah dan lihat dirinya
terlebih dahulu kerana kebiasaannya pada mata wanita Ansar itu ada sesuatu
(yang kurang menyenangkan). (
Riwayat Muslim )
Mutiara Hikmah :
a) Andaikata takwa itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumahtangga,
ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala
onak diri.
b) Seorang wanita berasa gelisah akan hari hadapannya sebelum menemui
jodohnya sedangkan seorang lelaki berasa gelisah akan hari hadapannya apabila
sudah menemui jodohnya.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment