Semarak 2 :
vs mereka buat untuk anda!
Sebagai pengurus jika anda benar-benar ingin mempengaruhi motivasi orang. Anda perlu mengambil tahu sebab
mengapa mereka membuat sesuatu. Anda perlu bertanya tentang tujuan dan sebab
mereka. Biasanya orang tidak akan benar-benar dimotivasikan oleh sebab dan
objektif anda. Pekerja sering menyoal diri : Apakah faedah bagiku? Jika anda
tahu hal ini dari mula, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengambil tahu
motivasi pekerja dan kemudian membantu mereka mengaitkan niat itu kepada
matlamat dan aktiviti organisasi. Apabila anda berbuat demikian anda juga
mempengaruhi secara positif prestasi setiap pekerja yang bertugas.
Bagaimanakah anda tahu anda mempengaruhi dengan
baik? Anda pasti tahu apabila pekerja mula bertanya : Apakah faedahnya bagi
kami? Apabila anda menjaga pekerja dan kepentingan mereka, pekerja akan mula
menyedari bahawa menjaga orang lain dan organisasi bermakna menjaga diri
sendiri. Sudah tentu semua ini akan mengambil masa tetapi jika anda teruskan,
pekerja akan mula menyedari dan usaha anda berbaloi.
Kebanyakkan pengurus cuba mempengaruhi motivasi
pekerja dengan menggunakan pendekatan positif dan negatif. Sebagai pengurus
atau penyelia adalah penting untuk anda memahami dengan jelas tiga teknik
berlainan yang digunakan bagi mempengaruhi motivasi orang dalam tenaga kerja
kini serta menilai kebaikan dan kelemahan teknik tesebut. Dengan mengkaji tiga
cara asas yang digunakan oleh pemimpin untuk mempengaruhi pekerja mereka, anda
akan berpeluang memimpin dan mencapai hasil positif dalam mendedahkan penggerak
intrinsik pekerja anda.
Berikut ialah cara yang berjaya dan yang tidak
berjaya dalam mempengaruhi secara positif motivasi pekerja:
a) Ketakutan dan manipulasi tidak berjaya: Apabila pekerja dimotivasikan oleh
ketakutan dan manipulasi mereka berusaha bukan untuk mencapai sesuatu tetapi
lebih untuk mengelak daripada dibuang kerja. Pendekatan ini biasanya
menyebabkan rasa benci kepada pengurus oleh pekerja dan hal ini menjejaskan
komunikasi dan kerjasama. Hasil daripada menakutkan pekerja supaya mereka
berusaha pasti akan menimbulkan kesan buruk terhadap organisasi dan pengurus.
b) Lobak pada kayu atau ganjaran tidak berjaya : Teknik ini – yang juga dikenali
senagai motivasi insentif – lama kelamaan dapat menjejaskan prestasi. Memang
orang akan berusaha buat sementara untuk mendapatkan hadiah ganjaran tetapi
apakah yang berlaku kemudian? Anda terpaksa memberi ganjaran yang lebih baru
dan lebih baik – lobak yang lebih manis – kerana pekerja akan mengharapkan
ganjaran untuk menjangkau kerja minimum mereka.
c) Bina pendekatan yang meningkatkan pertumbuhan dan
tujuan peribadi : Anda
harus membantu pekerja menghargai bahawa mereka dapat membuat sumbangan dan
menolong mereka berbuat demikian. Apabila anda menekan pada pertumbuhan dan
perkembangan peribadi sebagai cara untuk mempengaruhi motivasi pekerja, anda
bukan sahaja membantu pekerja memaksimumkan sumbangan mereka tetapi anda juga
menambahbaik produktiviti syarikat. Hal ini merupakan kemenangan untuk semua.
Kemahuan utama kita ialah
seorang yang dapat menggerakkan kita menjadi apa yang kita tahu kita boleh
menjadi.
- Ralph
Waldo Emerson
Wallahu a’lam.
Bagaimana
memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment