Semarak 18
vs jangan bimbang
terhadap pembinaan kepercayaan
Motivasi separuh berdasarkan wawasan harapan – harapan mencapai kejayaan
bagi usaha kita dan masa depan yang lebih cerah bagi kita. Dalam kata lain, apa yang mungkin kita
capai dalam hidup ini menjadi. Apabila kita percaya pada kemungkinan, bagi diri
sendiri dan pekerja, masa depan yang lebih cerah akan terbentang.
Sebagai pengurus, satu daripada perkara penting yang boleh anda buat untuk
pekerja ialah memberi harapan. Bukan harapan semata-mata tetapi harapan yang
memberi hala tuju, kebolehpercayaan, dan galakan sejati. Apabila orang yakin
akan masa depan mereka, ini memperkukuh keghairahan dan komitmen mereka
terhadap kerja yang mereka buat. Keadaan ini memotivasikan. Ini bermakna ada
faedah bagi individu yang membuat kerja baik. Berikut ialah cara lain yang
digunakan oleh pengurus ke arah membina masa depan yang lebih cerah bagi
pekerja.
a) Fahami fenomena
potensi manusia : Potensi
ialah sesuatu yang mungkin terbina sempurna atau tidak, dalam diri manusia.
Walau apapun potensi orang,mereka tidak akan tahu sehingga diberi peluang untuk
membangunkannya. Anda, sebagai pemimpin, memainkan peranan. Luangkan masa untuk
menyewa dan menonton filem, phenomenon,
yang dibintangi oleh John Travolta. Filem ini mempunyai mesej mendalam tentang
potensi kita yang tidak digunakan dan mesej ini disampaikan dengan penuh emosi
di hujung filem oleh watak Travolta. George Mallay, yang mengatakan: Semua orang dapat menjadi seperti saya.
Pencapaian saya satu kemungkinan bagi semua orang. Anda dapat membebaskan
kemungkinan ini dengan menggalakkan orang supaya mencuba perkara baru dan
memikul tanggungjawab baru.
b) Bina
kepercayaan :Kepercayaan
ialah unsur penting dalam mengurus orang dan membina organisasi berprestasi
tinggi. Kepercayaan
adalah asas bagi pembinaan semua jenis perhubungan. Mengikut Tom Peters :
Teknik dan teknologi adalah penting. Akan tetapi menambah kepercayaan ialah isu
abad ini. Peters mencadangkan pengurus mengambil pendekatan teknologi tinggi dan kepercayaan tinggi,
dengan meletak isu kepercayaan sebagai agenda utama dan menganggapnya sebagai isu keras bukan isu lembut. Jika pekerja berasa anda tidak percaya bahawa
mereka dapat membuat kerja dengan betul, mereka akan enggan melakukan banyak
usaha tanpa kebenaran anda. Sebaliknya, jika mereka berasa dipercayai kerana
anda percaya bahawa mereka dapat melakukan perkara yang betul, tentulah mereka ingin
membuat kerja dengan baik untuk mengekalkan kepercayaan anda terhadap mereka.
c) Tunjukkan
kepada pekerja bahawa mereka wajar mendapat kepercayaan anda : Apabila anda percaya kepada orang lain,
mesej yang anda sampaikan ialah : Saya
tahu anda wajar dipercayai. Ini memberitahu orang itu bahawa anda percaya akan
kebolehan dan ketrampilan mereka dan anda percaya mereka berupaya membuat kerja
yang perlu mereka buat. Kepercayaan ialah prasyarat bagi membina kepercayaan dalam diri orang. Ada
pengurus yang tidak membincangkan isu kepercayaan atau mereka menggunakan
perkataan dalam konteks terhad, biasanya secara negatif. Misalnya : Matt, saya percaya anda akan membuat yang
betul bermakna Jangan buat silap,
Matt. Kami percaya anda akan membuat
yang terbaik, Jane sebenarnya membawa mesej : Kami tak tahu apa yang berlaku sekarang, jadi kami berharap anda dapat
membuat kerja ini dengan berjaya. Pernyataan kepercayaan ini tidak mungkin
menyakinkan Matt atau Jane. Tunjukkan kepercayaan anda terhadap pekerja dengan
membenarkan mereka berfikir sendiri, bertanya dan membuat keputusan sendiri.
Itulah yang merupakan pernyataan kepercayaan sejati yang akan dikesan dan
diyakini oleh pekerja. Beginlah cara pengurus bestari menunjukkan pekerja
bahawa mereka wajar dipercayai.
Kepercayaan yang kita taruh
kepada diri sendiri membuat kita percaya kepada orang lain.
- Francois de Rochefouncauld,penulis Perancis abad
ke-17
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment