Friday, April 5, 2013

Syeikh Abdul Kadir Jilani (2)


Syeikh Muzaffar bin Mansur berkata : Semasa mudaku, aku lihat Syeikh Kadir bersama-sama dengan sebilangan besar orang. Apabila kami duduk, ada bersamaku sebuah buku berkaitan kerohanian dan falsafah. Tanpa melihat padaku, Syeikh Abdul Kadir berkata : Buku itu bukanlah sahabat yang baik untukmu, bangunlah dan basuhlah buku itu.

Aku  tidak suka membasuh buku itu kerana sayangkannya namun tidak suka melanggar suruhan syeikh itu. Dengan maksud untuk menyimpannya, aku pun hendak bangun tapi gagal berdiri. Syeikh meminta buku tersebut lalu aku serahkan padanya.

Ini ialah buku Ibn Zaris Muhammad berjudul Fadhailul-Quran, katanya sambil memulangkannya kembali padaku.  Benar itulah judul buku yang baruku terima. Meskipun tulisan berkaitan kerohanian dan falsafah itu tertanggal dari lembaran buku asalku , aku telah menghafal sebahagian besar tentangnya.

Syeikh Abdul Kadir menyuruh aku bertaubat apa yang ada dalam fikiranku meskipun bukan pada lidahku. Aku menjawab dengan persetujuan. Syeikh Abdul Kadir pun menyuruh aku bangun. Apabila aku bangun, aku dapati aku telah lupa apa yang aku hafaz dari buku asalku itu.

Wallahu a’lam.

Abdul Majid Hj Khatib

No comments:

Post a Comment