Monday, April 15, 2013

Ilhami pemikiran kreatif dan inovatif


Semarak 8
vs jangan heboh-hebohkan kreativiti

Apabila anda menemui organisasi yang hidup dan kembang, biasanya hal ini berlaku kerana pengurus seperti anda telah mempelajari bagaimana mengubahsuai berdasarkan kaedaan yang berubah-ubah dan ksdangkala mendahului perubahan yang berlaku di sekeliling. Pengurus yang menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pekerja nerupakan ahli motivasi semulajadi.

Bermula dengan menangani dan menghapuskan segala kebimbangan pekerja terhadap pemikiran kreatif. Ada orang, misalnya yang tidak percaya mereka berupaya menjadi kreatif. Ada pula orang yang lebih suka menumpukan kepada bidang praktikal dengan menganalisis dan menilai idea sebaik sahaja difikirkan. Beritahu pekerja bahawa mereka perlu meluaskan fikiran dan tidak mengandaikan sesuatu itu tidak akan berjaya kerana belum ada orang yang mencuba. Minta pekerja menangguhkan penilaian kritis apabila orang lain membentangkan idea yang agak luar biasa atau lain daripada yang pernah dicadangkan dahulu. Minta pekerja memberi tumpuan kepada bagaimana mereka dapat menjayakan idea baru dan bukan mencari kelemahan dalam idea.

Pengurus yang memotivasikan sentiasa membekalkan suasana bebas dan terbuka yang dapat menggerakkan pekerja memberi idea dan cadangan walaupun kelihatan tidak praktikal pada mulanya. Dalam suasana seperti itu pekerja akan berasa dimotivasikan untuk mencuba dan menggunakan imaginasi bagi membantu organisasi ( dan diri mereka ) berjaya. Berikut ialah beberapa cara untuk menggalakkan kreativiti.


a) Fikir besar. Fikir maya : Kini, sumbangan pekerja dibuat melintas jarak jauh melalui auditorium ruang siber dan bilik persidangan maya. Mesyuarat maya kian bertambah dan dapat berfungsi dengan berkesan serta dalam sinkromi di ruangan siber sama seperti dalam bilik persidangan pejabat di bangunan yang sama. Cuba fikirkan, pekerja anda dapat membincangkan idea dengan rakan sejawat di UK, mendapatkan input daripada ahli kumpulan di Burlington, Vermont, menyeak pelan tindakan sebelum mesyuarat bersama-sama pekerja lain di Honolulu dan bermesyuarat dengan ahli pasukan baru di Melbourne, Australia.

b) Gunakan alat bagi pemikiran kreatif dan inovatif : Bermula dengan melapangkan masa untuk bersumbangsaran dengan pekerja. Siasat pendekatan dan idea baru yang inovatif serta kreatif. Anda bukan sahaja menyokong pemikiran inovatif tetapi sebagai pengurus, anda patut juga membantu melaksanakan idea baru. Pastikan pekerja dapat membaca buku tentang  kreativiti seperti A Whack on  the Side of the Head oleh Roger von Oech. Tinkertoys oleh Michael Michalko atau Bagaimana Berfikir seperti Einstein : Cara Mudah untuk Melanggar Peraturan dan Meneroka Kepintaran Diri oleh Scott Thorpe. Pujilah motivasi pasukan anda melalui pengumuman khas, surat berita, e-mel dan perbualan harian.

c) Tekankan aspek positif penyelesaian inovatif : Sentiasa tekankan aspek positif mencari penyeleaian inovatif dan kelemahan sentiasa membuat perkara yang sama mengikut cara yang sama. Jangan denda sesiapa yang mencuba sesuatu yang baru tetapi tidak berjaya. Sebaliknya galakkan orang lain belajar daripada kesilapan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menggalakkan kebebasan penglahiran dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang mempunyai kreativiti unik dan unggul serta kemahiran berfikir yang luar biasa.


Tiada tanda gila yang lebih jelas daripada membuat perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan dapatan yang berlainan.
- Albert Einstein

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment