Sunday, April 7, 2013

Rabi’atul-Adawiyyah Al-Basriyyah (6)


Seorang hamba berteriak : Aduh sakitnya! Rabi’atul-Adawiyyah bertemu dan berkata: Oh! Bukannya sakit. Orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab : Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu.

Demikianlah pada suatu ketika yang lain, Rabi’atul-Adawiyyah melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menyatakan dia sakit kepala. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya: Berapa umurmu? Jawabnya: Tiga puluh tahun. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya lagi : Hingga hari ini bagaimana keadaanmu? Kata orang itu: Sihat-sihat sahaja.

Rabi’atul-Adawiyyah pun berkata: Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalanya dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu.

Wallahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar.

No comments:

Post a Comment