Sunday, April 21, 2013

Baju Bangsa


Baju itu cuma sehelai
jagalah baju itu kerana ia milik bangsa
baju yang tentukan jatuh bangun bangsa
baju yang menyelimuti kulit tubuh kita
baju itu telah lama dipakai
memang milik kita
baju yang amat berharga buat kita semua
dalam segala-gala serta ke mana-mana
mengapa baju itu perlu dikongsi pula
jangan kita jadi buta dalam cahaya.

Jangan sesama sendiri kita berebut baju
kerana ianya satu-satunya baju yang ada
jika terkoyak tidak lagi jangok digaya
jika terkoyak siapa yang merana
pasti rugi anak bangsa masih muda
apabila menyarung manja baju kita
ada juga berharap kita tidak bergaya
ada yang loya melihat baju kita
mereka kata tukarlah baju lama
biar nampak jangok bergaya
mereka syorkan baju jenama luar negara.

Marilah ramai-ramai jaga baju kita
baju inilah yang kita pakai masa merdeka
baju inilah yang kita pakai masa hari raya
baju inilah yang kita pakai masa hari bahagia
biarlah baju ini kekal menjadi hak milik kita
buat selama-lamanya selagi adanya dunia.

Kamarulzaman Ismail
Kuala Tengganu, Terengganu
Mingguan Malaysia
21 Apr 2013

Allahuma rabbana, kurniakanlah kami dengan mentaatiMu, jangan Kau hinakan kami dengan berbuat maksiat terhadapMu. Allahuma ameen

No comments:

Post a Comment