Semarak 14
vs ispirasi tidak
penting
Jika anda benar-benar mahu menyemarakkan prestasi yang berjaya dalam diri
pekerja, anda perlu menggerakkan mereka supaya mencapai tahap prestasi dan
produktiviti yang lebih tinggi itu. Pemimpin unggul biasanya memberi ilham.
Mereka pandai memupuk sifat optimis dan kepercayaan terhadap masa depan yang
cerah. Sebagai pengurus atau penyelia, anda boleh juga mencipta persekitaran
yang menggalakkan orang berusaha mencapai tahap pencapaian, kepuasan dan
kecemerlangan peribadi yang lebih tinggi.
Buat segala-galanya yang anda mampu untuk menunjukkan pekerja bahawa
tindakan anda bermakna dan jujur bagi membantu mereka membuat kerja yang
terbaik.
Pertimbangkan strategi yang berikut :
1. Minta input dan cadangan semua orang tentang persekitaran kerja semasa
dan bagaimana cara membaikinya. Kemudian sediakan pelan dan minta pekerja
melaksanakannya. Itu memotivasikan!
2. Tekankan komitmen anda sendiri terhadap pasukan. Dalam kata lain, anda
perlu berasa tersemarak tentang kerja anda. Sentiasa puji komitmen pasukan
3. Kaitkan kejayaan pasukan dengan kejayaan organisasi. Dengan mengamalkan
strategi ini, anda membantu memastikan bahawa pihak penguruan menghargai
orangnya dan ingin mengambil tindakan yang memanfaatkan pekerja serta
organisasi.
Berikut ialah beberapa cara tambahan bagi menyemarakkan pekerja:
a) Kongsikan
ganjaran : Suatu matlamat
penting dalam sebarang program motivasi ialah membantu pekerja menghayati
perasaan bahawa kerja itulah yang merupakan ganjaran. Pengurus memperkukuh
motivasi manusia semulajadi apabila mereka memberi ganjaran berkaitan hasil
kerja kepada pekerja. Oleh itu, kongsikan ganjaran bersama semua yang telah
menyumbang kepada kejayaan organisasi. Misalnya apabila pekerja atau sekumpulan
pekerja menambahbaik suatu proses atau menjimatkan wang syarikat, kongsikanlah
manfaat bersama mereka.
b) Hargai dan puji
mereka : Selain gaji,
terdapat cara lain untuk berkongsi ganjaran prstasi yang berjaya. Misalnya,
anda pasti kagum dengan cara pekerja mersepon kepada pujian terhadap kerja
baik. Lebih baik memuji bersemuka, kemudian susulkan dengan menghantar surat
atau e-mel penghargaan. Pada zaman surat-menyurat janaan teknologi, kad dan
surat terima kasih yang ditulis tangan akan lebih dihargai. Pastikan pujian
anda itu khusus.
c) Latih,latih,latih
: Tiada yang dapat
menyemarakkan prestasi yang berjaya di kalangan pekerja daripada latihan.
Melatih orang sama seperti memaklumkan mesej yang menyatakan : Anda wajar
diperuntukkan pelaburan ini. Beri pekerja peluang pembelajaran khas, di dalam
dan di luar organisasi. Sentiasa galakkan perkembangan peribadi dan profesional
berterusan, pasti motivasi akan menaik!.
Apabila pekerja didedahkan kepada program latihan, seminar, e-pembelajaran dan sebagainya mereka dimaklumkan bahawa pihak
pengurusan benar-benar menghargai prestasi mereka dan ingin membantu mereka
terus meningkatkan kemahiran mereka. Pastikan anda juga memberi pekerja peluang
serta merta untuk menggunakan kemahiran baru. Dengan cara ini, latihan berbaloi dan orang
mengambil berat tentang apa yang mereka pelajari.
Cara yang paling singkat dan
baik untuk menjadi kaya ialah dengan membuat orang lain insaf bahawa
kepentingan mereka tercapai dengan mempromosikan kepentingan anda.
- Jean de La Bruyere, Penulis Perancis abda ke-17
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan
setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment