Sunday, April 14, 2013

Kenali saingan anda


Semarak 6 :
vs saingan tidak relevan

Apabila pekerja bekerjasama untuk bersaing di pasaran, tahap motivasi mereka menaik sekadar dengan pemahaman tentang diri sendiri dan saingan mereka. Tiada yang dapat merapatkan anggota-anggota pasukan seperti cabaran bertugas pada tahap yang lebih tinggi daripada saingan dan seterusnya membantu organisasi membangun.

Berbahayakah membenarkan pekerja memahami dengan lebih mendalam tentang saingan? Mungkin – terutama sekali apabila berkaitan dengan maklumat seperti pelan intensif pekerja, gaji dan ganjaran yang lain. Akan tetapi ingatlah, tujuan membenarkan pekerja mengenali saingan ialah supaya anda, sebagai pengurus, dapat menggunakan maklumat ini untuk mengambil langkah tertentu bagi menjadikan syarikat anda tempat kerja yang lebih baik. Matlamat akhir tentunya ialah untuk membantu membina persekitaran kerja di mana pekerja berasa dimotivasikan oleh sesuatu selain pelan insentif atau gaji yang lebih tinggi.
 
Membantu pekerja memahami saingan tidak memerlukan sikap rah-rah, seolah-olah organisasi ialah pasukan bola sepak sekolah menenga. Ini hanya satu daripada cara untuk membantu pekerja membayangkan gambaran menyeluruh kerana saingan merupakan sebahagian daripada gambaran menyeluruh itu.

Anda dapat mengenali saingan dengan membuat penyelidikan terhadap apa yang mereka lakukan dan seterusnya menggunakan maklumat itu untuk menambahbaik organisasi sendiri. Berpandukan niat itu, berikut ialah beberapa cara anda dan pekerja anda mungkin mendapat tahu tentang saingan anda:

a)      Bantu pekerja bersaing di pasaran : Tunjukkan bagaimana bersaing dengan lebih berkesan di pasaran dengan menggalakkan mereka mengambil tahu tentang industri anda dan mengikuti aliran perubahan industri. Sediakan belanjawan untuk keahlian pekerja dalam persatuan profesional industri dan beri peluang kepada pekerja membaca terbitan pekerjaan mereka. Galakkan pekerja menyalin dan menyebarkan berita, gambaran keseluruhan dan kajian kes relevan (anda mungkin memerlukan kebenaran penerbit) tentang industri anda. Cadangkan supaya pekerja menyertai kumpulan perbincangan internet tentang perkara yang berkaitan dengan iindustri anda dan pengurusan umumnya.

b)      Sediakan fail tentang saingan : Tugaskan seorang untuk mendapatkan bahan promosi saingan kemudian minta seorang menyiasat laman web saingan dan mendapatkan salinan laporan tahunan jika boleh. Tambahan lagi, fail saingan perlu merangkuni salinan iklan, profil eksekutif atasan dan ganjaran serta penghargaan yang diberi oleh organisasi itu. Tugaskan satu pasukan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan saingan di pasaran, bahagian pasarannya dan jangkauan globalnya.

c)      Kenali saingan dan taraf organisasi anda berbanding dengan mereka : Cara yang cepat dan mudah dilakukan ini ialah dengan mendapatkan pekerja meminta pelanggan menilai prestasi organisasi anda berbanding dengan saingan. Minta maklumat khusus. Ambil tahu pendapat pelanggan tentang penentuan harga program khidmat pelanggan, muru produk dan sebagainya yang dibuat oleh saingan. Pastikan pekerja mendokumenkan maklum balas dan menggunakan maklumat ini sebagai asas bagi penambahbaikan dalaman di jabatan anda.

Selain mengenali perniagaan sendiri, cara yang baik sekali ialah mengenali perniagaan orang lain.
- John D. Rockefeller, Pengasas Standard Oil

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment