Semarak 23
vs pastikan tidak
mementingkan emosi
Dalam masyarakat global di mana kita bekerja, kita lebih cenderung
mempelajari dahulu tentang operasi perniagaan, kewangan, strategi pemasaran,
produksi, khidmat pelanggan dan sebagainya. Ini bermakna kita sebagai pengurus
mengabaikan kenyataan bahawa organisasi adalah berkaitan dengan orang dan
perhubungan yang dibina semasa bekerjasama.
Orang dan pasukan yang dibina oleh mereka dapat mengubah pekerja individu
menjadi komuniti yang bekerjasama bagi mencapai matlamat individu dan matlamat
bersama. Oleh sebab pengurus memang mementingkan pekerja, maka keadaan ini
memang dapat diwujudkan. Ada ungkapan yang berbunyi : orang tidak peduli apa
yang anda tahu, sehingga mereka tahu anda peduli. Mengapa? Apabila anda
memperdulikan pekerja, anda membina suasana di mana mereka memperdulikan anda
dan sesama mereka. Ini menghidupkan motivasi meeka untuk membuat kerja dengan
baik dan menambahbaik diri sendiri.
Jika anda benar-benar memperdulikan pekerja dan menunjukkan sebegitu kepada
mereka anda memang memenuhi keperluan asas mereka dari segi keinginan disayangi.
Anda memotivasikan hati dan jiwa mereka. Perasaan penenteraman yang istimewaan
itu membantu mereka mencapai motivasi yang lebih tinggi untuk bekerja lebih
kuat dan bijak.
a) Gerakkan kerja
pasukan yang dimotivasikan : Menggerakkan dan bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai matlamat
ialah dua daripada faktor motivasi paling kuat bagi mencapai kerja mencabar.
Gabungkan kedua-dua perkara, maka anda mempunyai potensi bagi pasukan
berprestasi tinggi. Buatlah apa-apa yang boleh untuk menunjukkan penghargaan
anda terhadap sumbangan pekerja dan bertindaklah sebagai pemimpin yang
menggalakkan dan memudahcara kerja berpasukan.
b) Pimpin sepenuh
hati : Perkataan encouragement (galakan) mempunyai kata
kunci yang berkaitan dengan hati. Apabila anda menggalakkan pekerja, anda
sebenarnya menguatkan hati mereka. Anda memimpin degan perasaan. Kepemimpinan
yang memotivasikan melibatkan hati, dan pemimpin seperti ini mengambil berat
tentang pekerja dan organisasi mereka. Pekerja sudah tentu merespon secara
positif kepada sikap ini.
c) Galakkan
semangat berpasukan :
Pengurus bestari tahu bahawa semangat berpasukan menyatupadukan. Mengubah
sebilangan individu menjadi pasukan bermakna memberi penyatuan dan kepentingan
serta hala tuju bersama. Sebagai pengurus, anda menentukan suasana . Tindakan
dan sikap anda mempengaruhi secara langsung persekitaran kerja pasukan anda.
Berikut ialah beberapa cadangan bagi menggalakkan semangat berpasukan :
# Beri pasukan matlamat dan tujuan yang jelas
# Biar pasukan membentuk peraturan sendiri
# Galakan keseronokan dan rasa kelucuan semasa kerja
# Berikan kuasa kepada pekerja untuk membuat keputusan serta tindakan
susulan
# Beri sokongan. Buat apa yang anda janjikan
# Biar pasukan mencari penyelesaian tanpa gangguan
# Benarkan ahli pasukan membuat keputusan kewangan dan menyediakan
belajawan sendiri
# Bersedia menghadapi kebaikan dan keburukan. Ada fasa projek yang berjalan
lebih licin daripada fasa lain
# Biar pasukan menentukan sistem ganjaran
Bersatu ialah permulaan;
kekal bersatu ialah kemajuan; kerja bersatu ialah kejayaan
- Henry Ford
Wallahu a’lam
Bagaimana memotivasikan
setiap pekerja
Anne Bruce, 2005
No comments:
Post a Comment