Selesai doa diaminkan
sambil membebas letak duduk
jemaah mula melepas lenguh
membetul sila melipat belikat
Sebelum menjamah hidangan
sekian tadi menunggu di talam
masing-masing ilai bersantai
melebar berita meluas khabar
Mangkuk piring sudu pinggan
sesekali berantakan hidangan
tetap bermesra antara tetamu
mendekat selera kala bertemu
Kuah melauk gulai di piring
sesebentar tersasul kering
Tahlil itu membaharui ingat
segala jauh sekali mendekat
semua dekat bertambah rapat
menyubur budi mengejar adat
merakyat lagi hidup muafakat
sejauh mukim seluas kampung
pertemuan itu berbobot adat
membudaya menebal ukhuwah
menyubur cinta sesama kariah
Menghujung hayat duniawi
menyubur perjalanan ukhrawi
budaya tahlil itu pewangi abadi
sekalipun oleh satu hilangan
hatta sekecil seorang bayi.
Nawawee Mohammad
Tanjung Karang, Selangor
Mingguan Malaysia
21 Apr 2013
No comments:
Post a Comment