Permata 32
Daripada Abdullah bin Abi Aufa ra, sesungguhnya rasulullah saw pada
sebahagian dari hari-hari yang baginda bertemu dengan seteru, baginda menanti
(akan peperangan itu) hingga cenderung matahari. Kemudian baginda bangun kepada
manusia lalu bersabda: Hai manusia!
Janganlah kamu bercita-cita bertemu musuh, dan mintalah kamu kepada Allah swt
kesejahteraan. Apabila kamu bertemu mereka itu maka hendaklah kamu bersabar dan
ketahuilah bahawasanya syurga itu di bawah kilauan mata pedang. Kemudian
baginda berdoa : Ya Allah, yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan
yang mengalahkan puak Ahzab!. Kalahkan meeka itu dan tolonglah kami memenangi
atas mereka. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Mutiara hikmah :
a) Jangan sesekali memulakan peperangan tetapi pertahankanlah negara anda.
Ini kerana peperangan itu membinasakan dan merendahkan martabat manusia.
b) Apabila manusia masih menganggap dirinya lebih tinggi daripada makhluk
lain tetapi masih tetap berlaku peperangan maka peperangan itu tidaklah berbeza
dengan peperangan batin manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment