Wednesday, April 17, 2013

Haram mengumpat


Permata 13

Rasulullah saw ingin membataskan kefahaman para sahabatnya tentang perkara mengumpat ini dalam pengajarannya dengan cara soal jawab lalu baginda bersabda: Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab : Hanya Allah dan rasulNya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda menyambung : Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu! Sahabat bertanya : Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Kalau betul apa yang kamu katakan itu ada padanya, maka kamu sudah mengumpatnya. Dan kalau kamu katakan itu tidak ada padanya, maka kamu sudah menuduhnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Mutiara hikmah :

a) Imam al-Ghazali : Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah penyakit lidah dan hati yang amat merbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawa seseorang ke neraka jahanam.

b) Caci maki seorang penjahat adalah kehormatan bagi orang yang jujur.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment