Tuesday, April 16, 2013

Tegaskan hubungan antara motivasi dan prestasi


Semarak 9
vs jangan pedulikan hubungan antara motivasi dan prestasi

Sebagai pemimpin, anda perlu mengambil tahu bahawa terdapat hubungan langsung antara motivasi  dan prestasi pekerja. Malahan hubungan ini merupakan sesuatu yang amat positif sekali bergantung kepada budaya organisasi anda dan keghairahan serta kegembiraan yang dipupuk oleh organisasi anda.

Mungkin anda mengenali syarikat seperti Disney, Saturn, SAS Institute, Southwest Airlines, Starbucks, USAA, Reenbluth International dan The Rotz Carlton (antara lain) yang sentiasa bertungkus lumus bagi kepuasan dan kebahagiaan pelanggan dan mempunyai pekerja yang gembira serta suka bekerja di syarikat itu. Tanpa kajian mendalam, anda mesti menyedari bahawa terdapat perhubungan langsung antara prestasi pekerja di tempat kerja dan motivasi mereka terhadap kerja. Perasaan ketara – dapat anda rasa! Itulah sebabnya pekerja dimotivasikan untuk membuat tugasan mereka dan terbukti dalam mutu kerja mereka. Dalam kata lain, jika anda masih tidak menyedari bahawa motivasi dan prestasi mempunyai kaitan, fikirlah semula. Berikut ialah tiga faktor penting untuk dipertimbangkan semasa mengaitkan motivasi orang anda dengan tahap prestasi dan produktiviti yang lebih tinggi :

a) Kenali impak anda terhadap orang : Semua pengurus kadangkala terasa mereka tidak atau kurang mempunyai impak terhadap motivasi pekerja mereka. Beginilah anda tidak selalu dapat mengubah atau mengawal faktor tertentu yang mempengaruhi  keghairahan pekerja terhadap kerja. Perkara seperti keadaan kerja, tugasan khusus, gaji dan manfaat bolehlah anda bekalkan tetapi faktor lain mungkin di luar kawalan anda. Walau bagaimanapun, sebagai pengurus anda mempunyai impak langsung bagi mengaitkan motivasi pekerja dengan prestasi. Pelajarilah beberapa teknik berkesan yang digunakan dengan berjaya oleh pengurus lain dan kemudian cubakan, jika sesuai, dengan pekerja anda. Bersedia memberi komitmen kepada strategi tertentu supaya pekerja tidak berpendapat bahawa pendekatan anda hanya merupakan siri gimik perisa mingguan. Anda pasti gembira menambahbaik produktiviti serta sikap mereka apabila anda menggunakan teknik yang sesuai dan inovatif bersama gaya kepimpinan, kepakaran perniagaan dan kemahiran interpersonal anda tersendiri.

b) Pastikan pekerja memahami makna prestasi : Jangan andaikan bahawa pekerja memahami secara automatis apa yang anda maksudkan dengan prestasi. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mentakrifkan dengan jelas standard prestasi bagi mereka.  Anda perlu mentakrifkan prestasi mengikut pandangan anda sendiri kemudian terangkan dengan jelas dan tepat maksudnya kepada pekerja anda. Barulah anda berjaya mengaitkan prestasi dengan motivasi.

c) Beritahu secara khusus apa yang diharapkan dengan pekerja : Berkut ialah beberapa soalan pekerja yang perlu dapat dijawab oleh setiap pengurus.:
- Apakah yang diharapkan daripada saya?.
- Apakah peranan saya sebagai sebahagian daripada kumpulan dan organisasi?.
- Apakah yang dianggap sebagai prestasi yang tidak dapat diterima?
- Bagaimanakah dapat saya capai standard prestasi anda?
Pastikan anda khusus! Semakin terperinci dan jelas ekspektasi, semakin mudahlah pekerja mencapai atau menjangkaunya.

Seseorang yang menyukai kerjanya tidak perlu takut akan kehidupan
-         Samuel Goldwyn

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment